Kaunter Bergerak Cimb Bank dan Pembukaan akaun ASB
30 Ogos 2023 | Aktiviti TerkiniKaunter CIMB Bank bergerak ini diadakan untuk memberikan perkhidmatan perbankan kepada komuniti di sekitar Pokok Sena secara mudah dan terus tanpa perlu menghadirkan diri ke pusat cawangan CIMB yang terletak di Alor Setar.Kehadiran komuniti setempat pada hari tersebut sangat menggalakkan.
Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pada hari tersebut adalah pembukaan akaun baharu kepada pengguna yang berumur 18 tahun ke atas secara percuma. Seterusnya pengguna yang membuat pendaftaran di ajar secara terus tentang cara menggunakan aplikasi perbankan di atas talian untuk kemudahan para pengguna .Di samping itu,pembukaan Akaun Simpanan (tanpa deposit) hanya perlukan IC dan HP sahaja dan Pinjaman ASB. Pelbagai khidmat Nashat juga turut diberikan oleh pekerja CIMB Bank kepada semua komuniti yang hadir pada hari tersebut.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: